YOUR PREMIUM KNITWEAR GATEAWAY

knitwear deal!!!

Sebarang pembelian untuk 2 helai knitwear anda layak mendapat diskaun sebanyak 10% manakala pembelian untuk 3 helai knitwear dan keatas anda layak mendapat diskaun sebanyak 10% beserta satu helai baju percuma dari kami. Promosi terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja.

APA MASALAH YANG DIHADAPI?

Knitwear harganya mahal

Knitwear baru harganya agak mahal bahkan ada yang mencecah hingga ratusan ringgit untuk sehelai knitwear. KNittrend menawarkan knitwear preloved yang berkualiti, cantik serta trending pada harga mampu milik.

kain tebal, gatal dan panas

Takut dan serik nak pakai knitwear? Di Knittrend, knitwear kami hanya dipilih mengikut kesesuaian dengan iklim Malaysia, tidak terlalu tebal dan selesa untuk dipakai.

KEBIASAAN KNITWEAR BELUM DIBASUH JUGA ADA YANG BERBULU KESAN PEMAKAIAN

Di KNittrend knitwear akan dipilih dengan teliti satu persatu. Kemudian, semua knitwear akan dihantar untuk di cuci. Jadi, anda akan dapat knitwear yang telah sedia untuk dipakai, bersih, dan berbau harum.

Minat pakaian preloved ala artis korea tapi tidak mahu ke kedai

Anda peminat tegar artis korea? Atau nak OOTD seperti Instafamous kegemaran anda? KNittrend menawarkan anda pelbagai baju, corak,warna dan saiz. Anda hanya perlu memilih dan membuat pesanan knitwear kegemaran anda di sini. 

PILIH KNITWEAR DI SINI >>>

Knittrend adalah knitwear premium terpakai (PRELOVED) yang membantu wanita mendapatkan knitwear pada harga yang berpatutan dengan kualiti premium. Tidak seperti pakaian knitwear yang lain, KNittrend memberikan anda knitwear PRELOVED PREMIUM yang selesa serta bersih kepada anda. Bauan juga menyegarkan dan wangi seperti bayu laut!

SOALAN LAZIM

KNittrend menyediakan knitwear premium, cantik, selesa serta bersih pada harga yang berpatutan dan mampu milik. Oleh itu, sesiapa sahaja termasuk anda mampu memiliki knitwear tanpa berbelanja lebih.   Jimat wang tetapi tetap kelihatan cantik, berketerampilan dan bergaya.

Preloved berasal daripada perkataan bahasa inggeris yang yang bermaksud pernah dimiliki, dipakai atau pakaian baru dari stok lama (new old stock). Oleh itu, knitwear di KNittrend bukanlah knitwear terpakai semata-mata. sekiranya anda bernasib baik, anda boleh dapatkan knitwear baru dari stok lama. Secara tidak langsung anda boleh bergaya dengan baju baru dengan kualiti premium. Anda akan merasa lebih yakin tanpa orang di sekeliling anda tahu yang anda memakai knitwear premium dengan harga yang rendah. Bila yakin, hari anda berjalan dengan lancar dan sempurna dengan gayanya.

Kami hanya memilih knitwear terpakai dalam keadaan terbaik dan diperiksa satu persatu dengan teliti sebelum berada dipasaran. Knitwear kami tidak berbulu, kotor, lusuh atau koyak. Oleh itu, knitwear kelihatan seperti baru, wangi dan lembut. Justeru itu, knitwear yang akan sampai di tangan anda, boleh dipakai terus tanpa ragu-ragu.

Diimport dari negara Korea bersesuaian dengan trend dan fashion yang sedang berkembang di sana yang menjadi ikutan. Maka anda tidak perlu ke Korea untuk memiliki gaya dan fashion dari sana. Jimat masa, wang dan tenaga anda tetapi masih bergaya dengan ootd anda. Menambahkan keyakinan anda dengan gaya terkini.

PILIH KNITWEAR DI SINI >>>

tentang pengasas

Berhenti kerja pada Sep 2015 dengan niat untuk mula berniaga secara serius. Pelbagai  jenis perniagaan telah Puan Azirah Ahmad cuba. Dari menjual tudung, handbag berjenama, telekung kanak kanak, jadi agent produk pun pernah beliau lakukan.Tapi satu pun tak jadi. Sampai ada satu masa beliau hampir putus asa.

Hinggalah covid19 melanda, suami beliau yang bekerja dengan industri penerbangan terjejas teruk dan pendapatan suami juga sama terkesan hingga akhirnya diberhentikan kerja.

Disebabkan itu, pada Feb 2021 beliau mula tekad untuk bangkit semula berniaga dan memilih untuk menjual baju  Knitwear preloved. Beliau mula menjual baju secara LIVE. Walaupun pada mulanya hanya 3 ke 4 orang sahaja yang mengikuti live beliau. Tapi beliau tetap teruskan juga.

Alhamdulillah, lama kelamaan sambutan sangat menggalakkan.

Puan Azirah mula belajar ilmu bisnes dengan cara yg lebih strategik dan sistematik. Bermula menjual baju secara retail sehingga secara borong dan membuka peluang membantu sesiapa juga yang mahu mula berniaga pakaian knitwear preloved (bundle).

Misi Knittrend membantu anda mendapatkan baju trending pada harga mampu milik.

Beliau percaya walaupun ianya baju terpakai seseorang masih tetap nampak cantik dan trending. Secara tidak langsung, ia juga membantu meningkatkan keyakinan diri seseorang.

KNittrend amat mementingkan keselesaan pelanggan. Oleh itu, jaminan wang dikembalikan sekiranya baju yang diterima tidak seperti yang kami janjikan.

PILIH KNITWEAR DI SINI >>>

MAKLUMAT MENGENAI POSTAGE:

SEMENANJUNG:

RM10

SABAH ATAU SARAWAK:

RM19

PILIH KNITWEAR DI SINI >>>

hubungi kami

Address:

No 26, Jalan Timur 5/1d,

Embun@Enstek, 71760 Bandar Enstek,

Negeri Sembilan.

Hubungi Kami : 012-9339694 (9am – 5pm)

waktu bekerja

isnin-sabtu 9pagi hingga 6 petang